AKTIVITI SEKOLAH

DASAR 1MURID 1SUKAN






Pelaksanaan dasar 1 Murid 1Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan di kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan.


Aktiviti sukan di bawah Sukan Untuk Semua adalah sangat penting dalam membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan ke semua murid. Bagi Sukan untuk Kecemerlangan, prestasi murid yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus dibangunkan di bawah Program Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh yang demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat penting sebagai satu landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu padu. Dasar ini selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri dalam mendokong semangat 1 Malaysia.





Dasar 1M 1S berhasrat untuk:

1. Membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam       kegiatan sukan sepanjang tahun.

2. Memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.


Dasar 1 M1 S berhasrat untuk memenuhi objektif-objektif berikut:

1. Meningkatkan kecergasan jasmani.

2. Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni.

3. Memupuk perpaduan di antara kaum.

4. Membentuk budaya sukan di kalangan murid.

5. Memenuhi naluri semulajadi murid dalam aktiviti fizikal.

6. Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal.

7. Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.


Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bermatlamat untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI). Konsep Dasar 1 M 1S diwujudkan untuk menyokong FPK agar dapat:

1. Memberi akses kepada semua murid mendapatkan faedah daripada penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif.

2. Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah.

3. Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi.


Pelaksanaan Dasar 1M 1S hendaklah mengambil kira prinsip-prinsip berikut:

1. Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Dasar 1M 1S adalah diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah rendah dan Peralihan , Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah. Walau bagaimanapun murid-murid Pra Sekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah.

2. Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah;.

3. Asas kepada 1M 1S adalah pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang berkualiti di sekolah. Segala sumber untuk mata pelajaran pendidikan jasmani hendaklah diguna sama bagi 1M 1S.

4. Aspek yang diutamakan adalah penyertaan aktif oleh semua murid dalam aktiviti su kan.

5. Penyertaan dalam sukan adalah asas kepada perkembangan Intelek Rohani, Jasmani, dan Emosi murid.

6. Ibu bapa dan agensi luar rakan sukan adalah digalakkan untuk menyumbang kepada pembangunan sukan sekolah.

7. Setiap sekolah yang sudah pun mempunyai prasarana, kemudahan dan peralatan sukan hendaklah mengoptimumkan penggunaannya bagi meningkatkan lagi penyertaan aktif setiap murid.


Bagi memenuhi prinsip-prinsip pelaksanaan 1M 1S, setiap sekolah mempunyai pendekatan dalam melaksanakan program sukan mengikut acuan dan kemampuan sedia ada. Dengan itu, pelaksanaan 1M 1 S adalah berdasarkan kepada pendekatan berikut:

1. Aktiviti sukan bermaksud melibatkan diri dan mengambil bahagian secara aktif dalam latihan sukan dan permainan di bawah pengurusan sekolah. Sukan yang ditawarkan di bawah 1M 1S hendaklah berunsurkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal.

2. Aktiviti sukan di sekolah diadakan sepanjang tahun berdasarkan kepada aktiviti rumah sukan dan kelab sukan. Kejohanan tahunan olahraga sekolah yang didahului oleh kejohanan merentas desa dan sukan tara menjadi aktiviti teras sukan di sekolah.

3. Pihak sekolah hendaklah mengadakan pertandingan antara tingkatan, kelas, rumah, dorm asrama, kelab sukan sekolah.


Penyertaan murid dalam kejohanan MSSD/MSSN/MSSM serta peringkat antarabangsa adalah merupakan aktiviti 1M1S.


Penilaian murid adalah berdasarkan kepada sistem penilaian sedia ada yang berasaskan:
1. Kehadiran;

2. Jawatan Serta Sumbangan;

3. Penglibatan; dan

4. Pencapaian.


Perubahan pada sistem penilaian sedia ada akan berkuatkuasa untuk murid Tingkatan 4 dan Tingkatan 1 mulai tahun 2012.

‘’MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA’’


PELAKSANAAN HARI KO-KURIKULUM



KEPENTINGAN AKTIVITI KOKURIKULUM


Program kokurikulum adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kepentingan program ini juga setara dengan kepentingan aktiviti di dalam bilik darjah kerana peranannya merupakan penyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Kegiatan kokurikulum dapat didefinisikan sebagai kegiatan yang dijalankan di luar bilik darjah. Kegiatan ini termasuklah kegiatan sukan dan permainan, pertubuhan pakaian seragam dan kelab atau persatuan. Kegiatan kokurikulum ini bukan sahaja menyeronokkan malahan dapat mendatangkan pelbagai faedah kepada pelajar yang menyertainya.

Kegiatan kokurikulum mampu membentuk watak dan peribadi seseorang pelajar. Antara perkembangan diri individu yang diharapkan melalui kegiatan kokurikulum ini seperti memupuk sifat kepemimpinan, membina dan membentuk sahsiah yang sihat dan seterusnya membentuk generasi yang berdisiplin. Kegiatan kokurikulum juga mampu membentuk personaliti yang positif dan rasa tanggungjawab. Penglibatan dalam persatuan, kelab dan aktiviti lain akan mengembangkan kemahiran bersosial, bercampur gaul dan berhubung mesra serta keupayaan dalam perhubungan awam yang dapat dimanfaatkan dalam masyarakat kelak. Oleh itu, watak dan peribadi pelajar haruslah dipupuk sejak awal lagi kerana kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Selain itu, kesihatan yang baik dan otak yang cerdas akan diperoleh daripada kegiatan kokurikulum. Kegiatan kokurikulum akan menyihatkan badan kerana aktiviti yang bersifat fizikal akan meningkatkan daya tahan. Kebanyakan pelajar di sekolah lebih suka menyertai kegiatan sukan atau permainan disebabkan aktiviti sukan dapat membina stamina yang kuat serta membolehkan para pelajar mengeluarkan peluh, iaitu salah satu bahan perkumuhan manusia. Murid yang aktif tidak diserang oleh penyakit dan badan yang sihat memungkinkan pebelajaran yang berkesan. Sebagai contohnya, aktiviti sukan dan permainan seperti bola sepak dapat membina kekuatan stamina, manakala sukan catur pula akan mencerdaskan minda seseorang. Pepatah Melayu mengatakan bahawa badan cergas, otak cerdas.

Melalui kokurikulum, pelajar dapat memupuk semangat perpaduan.
Hal ini semestinya juga akan dapat memupuk sikap bekerjasama dan toleransi dalam kalangan pelajar. Perpaduan kaum penting untuk membentuk sebuah negara yang aman damai, supaya rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 tidak berulang lagi. Oleh itu, Semangat perpaduan dapat dipupuk apabila pelajar berbilang kaum bekerjasama bagai aur dengan tebing dalam sesuatu kegiatan. Kegiatan kokurikulum mengakibatkan proses integrasi berlaku dalam kalangan pelajar supaya pelajar boleh mengenali dan menghormati antara satu sama lain. Sebagai contohnya, dalam aktivitik pertandingan seperti bola sepak, kedua-dua pasukan ini bukan sahaja meliputi satu kaum sahaja malah ia juga disertai oleh pelajar dari pelbagai kaum. Secara tidak langsung, hubungan antara pelajar akan bertambah erat dan kukuh ibarat isi dengan kuku serta bersatu untuk mencapai matlamat yang diharapkan kerana bersatu teguh, bercerai roboh.

Kegiatan kokurikulum juga dapat mengembangkan potensi seseorang pelajar. Sesetengah pelajar tidak mengetahui kelebihan yang terdapat pada dirinya. Melalui kegiatan kokurikulum, kelebihan itu akan dapat diketahui apabila seseorang pelajar bergiat dalam kokurikulum. Dengan ini, pelajar itu akan berpeluang untuk mewakili kelabnya untuk bertanding pada peringkat sekolah. Secara tidak langsung, kejayaan pada peringkat sekolah ini akan membawa pelajar ini untuk mewakili daerah, negeri, dan kemudiannya negara. Tujuan kegiatan kokurikulum adalah untuk memberi pengalaman kepada pelajar-pelajar dan seterusnya membantu mereka dalam mencapai kehidupan yang sempurna.

Faktor-faktor menyebabkan pelajar-pelajar dan masyarakat tidak mementingkan aktivitik kokurikulum ialah tangapan yang salah terhadap kegiatan kokurikulum. Ini adalah kerana kokurikulum bukan berbentuk akademik dan kegiatan ini tidak diberi penilaian atau gred seperti kurikulum yang berbentuk akademik dan mengutamakan sifat-sifat kognitif. Oleh yang demikian, kebanyakan ibu bapa enggan menggalakkan anak-anak mereka menceburi kegiatan kokurikulum dan sebaliknya menggunakan masa itu untuk anak mereka ke kelas tambahan, muzik dan membuat kerja sekolah.

Dari perspektif yang lain, terdapat juga beberapa kelemahan pihak-pihak tertentu dalam pelaksanaan aktiviti kokurikulum ini. Mereka tidak menitikberatkan kegiatan kokurikulum dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penglibatan pihak guru dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum masih pada tahap kurang memuaskan dan ini mungkin disebabkan mereka tidak memahami garis panduan yang dapat dipegang sebagai landasan bagi merancang aktiviti dengan jelas selain daripada kurang kemahiran dalam aktiviti khidmat masyarakat.

Langkah-langkah yang boleh diusaha untuk mengembangkan aktiviti kokurikulum iaitu pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat sekeliling perlu memberi perhatian. Mereka tidak seharusnya berdiam diri dan menutup mata seterusnya membiarkan pelajar-pelajar tersebut terus tersesat dalam keseronokan dunia remaja tanpa pendidikan yang sempurna. Tindakan yang tegas perlu diambil oleh pihak tertentu seperti mengenakan denda kepada pelajar sekolah yang melepak dan ponteng sekolah atau mengenakan tindakan disiplin di sekolah. Dengan adanya penegasan dan perhatian sebegini, diharapkan mutu disiplin pelajar-pelajar yang bermasalah ini dapat ditingkatkan dan kegiatan seperti ‘gengsterisme’ dapat dicegah sebelum ia menjadi lebih berleluasa dan menjatuhkan imej pendidikan Negara.

Kesimpulannya, program kokurikulum di sekolah bukanlah sesuatu yang baru dalam aktiviti pendidikan pelajar. Pihak sekolah hendaklah memainkan peranan supaya pelajar bergiat cergas dalam kegiatan kokurikulum. Hal ini demikian kerana kegiatan kokurikulum ini memberikan peluang kepada para pelajar untuk menjadi lebih giat dan cergas. Pepatah Melayu mengatakan bahawa hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. Oleh itu, semua pelajar digalakkan mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum supaya pelajar yang berdaya saing, berketerampilan, kreatif dan inovatif dapat dihasilkan.



KONSEP


Aktiviti kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah, dan setiap murid harus melibatkan diri. Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah, mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti. Dengan andaian bahawa murid-murid tidak mendapat pengalaman tertentu di bilik darjah, maka aktiviti kokurikulum dapat menyediakan pelbagai pengetahuan dan pengalaman untuk perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika serta sosial yang positif.

Sebagai satu bidang pendidikan, penglibatan semua murid dananggota masyarakat adalah perlu, berasaskan kepadaanggapan bahawa:

· Semua murid harus mempunyai keseimbangan antara perkembangan mental (akademik) dengan perkembangan sahsiah yang bersepadu (sosial, jasmani dan rohani)

· Semua murid mempunyai minat dan bakat yang boleh dikembangkan

· Semua murid boleh dididik, dan boleh pula mendidik diri sendiri dan rakan sebaya

· Sekolah bertanggungjawab melahirkan murid-murid untukkeperluan masyarakat dan negara

· Masyarakat turut bertanggungjawab memainkan perananmendidik murid-murid.



Matlamat

Matlamat utama aktiviti kokurikulum adalah untuk merealisasikanFalsafah Pendidikan Negara. Antara matlamat yang hendak dicapaiialah seperti berikut:

· Menyemai kesedaran murid-murid terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan

· Menyeimbangkan antara perkembangan mental dengan perkembangan rohani, jasmani dan emosi murid-murid

· Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan murid dalam sekolah dan di antara sekolah

· Membina dan meningkatkan minat dan bakat murid-muriddalam aktiviti yang diceburi

· Membina dan meningkatkan disiplin murid

· Mewujudkan budaya sekolah yang menarik danmenggembirakan

· Membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan hubungan dua hala antara sekolah dan masyarakat

· Mewujudkan sekolah berwatak.


Strategi

Untuk mencapai matlamat tersebut, berikut adalah beberapa strategi pelaksanaannya:

· Memberi wajaran yang sesuai kepada aktiviti kokurikulum supaya kurikulum dan kokurikulum boleh saling melengkapi dalam proses pendidikan di sekolah

· Menambahkan bilangan pasukan pakaian seragam,persatuan/kelab, kelab sukan dan permainan serta mempelbagaikan aktiviti tersebut, dengan tujuan memberi peluang kepada semua murid melibatkan diri dengan aktif secara individu atau kumpulan

· Melibatkan murid daripada semua kaum dalam semua aktiviti kokurikulum, yang sesuai, untuk tujuan pemupukan perpaduan

· Melibatkan murid dan pihak sekolah dalam aktiviti khidmat masyarakat

· Melibatkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah(JBPS),Persatua Ibu Bapa Guru-Guru (PIBG), guru-guru dan murid-murid dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum

· Merancang dengan teliti aktiviti kokurikulum bagi mencapai matlamat yang dikehendaki

· Merekod dan menilai kemajuan aktiviti kokurikulum yangdijalankan

· Menganjur dan mengelola pertandingan yang melibatkan semuamurid

· Menyelia dan menilai aktiviti secara sistematik dan berterusan

· Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada semua pihak,dari semasa kesemasa.


Pelaksanaan


Definisi

Warta Kerajaan bertarikh , 28 hb Disember 1967, No. 5652( Peraturan Kursus Pengajian ) Sekolah 1956, mendefinisikankokurikulum sebagai kegiatan kumpulan, manakala Warta Kerajaan bertarikh 31hb Disember 1997 , Jil 41, No.26, Tambahan No.94, Perundangan A.P.U (A) 531, Akta Pendidikan1996, Peraturan-Peraturan ( Kokurikulum Kebangsaan ) mendifinisikan kokurikulum seperti berikut:

“kegiatan kokurikulum” ertinya apa-apa kegiatan yangdirancang lanjutan daripada proses pengajaran danpembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan muridpeluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkanpengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah.”


Jenis-Jenis Aktiviti

Berdasarkan Warta Kerajaan bertarikh 21hb. Mei 1998, Jilid42.No 11 Tambahan No.41 Perundangan P.U (A) 196, pihak sekolah boleh menubuhkan persatuan sekolah daripada kategori yang berikut:

· Mata pelajaran yang diajar di sekolah sebagaimana yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan(Kurikulum Kebangsaan) 1997

· Hobi dan rekreasi

· Sukan dan permainan

· Badan beruniform; atau

· Apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh pendaftar.


Tugas dan tanggungjawab guru

Dalam Akta Pendidikan 1996 ( Akta 550 ), Bahagian 2, jelas dinyatakan kuasa yang diberikan kepada Pendaftar, Penolong Pendaftar, menjalankan semua kuasa dan fungsi yang diberikan kepada Ketua Pendaftar tertakluk kepada apa-apa sekatan yang dikenakan oleh Ketua Pendaftar.

1. Ketua Pendaftar Sekolah dan Guru:

· Maka hendaklah ada seorang Ketua Pendaftar Sekolah dan Guru yang hendaklah dilantik oleh Menteri

· Menteri boleh melantik seorang Timbalan Ketua Pendaftar Sekolah dan Guru

· Menteri hendaklah melantik seorang Pendaftar Sekolah dan Guru bagi setiap Negeri, dan boleh melantik apa-apa bilangan Penolong Pendaftar Sekolah dan Penolong Pendaftar Guru yang difikirkan perlu bagi maksud akta ini

· Timbalan Ketua Pendaftar, Pendaftar, dan Penolong Pendaftar hendaklah di bawah arahan dan kawalan Ketua Pendaftar

· Ketua Pendaftar hendaklah mempunyai kuasa dan menjalankan fungsi-fungsi yang diberikan kepadanya oleh Akta ini, dan sewaktu ketiadaannya kuasa dan fungsi-fungsi sedemikian bolehlah dipunyai atau dijalankan oleh Timbalan Ketua Pendaftar

· Pendaftar atau Penolong Pendaftar boleh menjalankan semua kuasa dan fungsi yang diberikaN kepada Ketua Pendaftar oleh atau di bawah Akta ini,tertakluk kepada apa-apa sekatan yang boleh dikenakan oleh Ketua Pendaftar


2. Guru Besar/Pengetua sebagai Penolong Pendaftarmempunyai kuasa untuk melantik guru sebagai gurupenasihat bagi menjalankan tugas-tugas dalam aktivitikokurikulum berdasarkan peruntukan yang sedia ada.



JENIS AKTIVITI KOKURIKULUM

Aktiviti Kokurikulum terbahagi kepada tiga bahagian:


1. BADAN BERUNIFORM

· Kelab Judo

· Kelab Karate

· Kelab Taekwondo

· Pasukan Kadet Bersatu Malaysia(Darat, Laut dan Udara)

· Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat

· Pasukan Kadet Majlis Keselamatan Jalanraya

· Pasukan Kadet Pertahanan Awam (JPA 3)

· Pasukan Kadet Polis

· Pasukan Kadet Remaja Sekolah

· Pasukan Pancaragam Sekolah

· Pasukan Tunas Kadet Remaja Sekolah

· Pergerakan Briged Putera

· Pergerakan Pandu Puteri

· Pergerakan Pengakap

· Pergerakan Puteri Islam

· Persatuan Silat Seni

· Persatuan Bulan Sabit Merah

· Persatuan Silambam

· Persatuan St.John Ambulans Malaysia

· Persatuan Wushu


2. PERSATUAN / KELAB

Persatuan Akademik:

· Persatuan Agama Islam

· Persatuan Drama dan Kesusasteraan

· Persatuan Geografi / Sejarah

· Persatuan Kebudayaan

· Persatuan Kemahiran Hidup

· Persatuan Perdagangan

· Persatuan Persuratan, Bahas

· Persatuan Sains Kemasyarakatan

· Persatuan Tingkatan Enam

· Persatuan Bahasa

· Persatuan Ekonomi Rumahtangga

· Persatuan Sains dan Matematik



Kelab Hobi dan Rekreasi

· Kelab Alat Pandang Dengar

· Kelab Astronomi

· Kelab Bina Badan

· Kelab Binaan / Bangunan

· Kelab Elektronik

· Kelab Equestrian

· Kelab Kebajikan

· Kelab Keceriaan Sekolah

· Kelab Kembara

· Kelab Koir Sekolah

· Kelab Komputer

· Kelab Koperasi

· Kelab Memancing

· Kelab Menaip

· Kelab Motor Mekanik

· Kelab Muzik dan Seni Suara

· Kelab Pelancongan

· Kelab Pembimbing Rakan Sebaya

· Kelab Pencinta Alam

· Kelab Pengguna

· Kelab Permainan Tradisional

· Kelab Perpustakaan / Pusat Sumber

· Kelab Rekreasi

· Kelab Seni Foto

· Kelab Seni Tampak/Halus

· Kelab Seni Tari

· Kelab Wayang Gambar



3. KELAB SUKAN DAN PERMAINAN


Permainan:

· Kelab Badminton

· Kelab Bola Baling

· Kelab Bola Jaring

· Kelab Bola Keranjang

· Kelab Bola Sepak

· Kelab Bola Tampar

· Kelab Bowling

· Kelab Bowling Padang

· Kelab Catur

· Kelab Dart

· Kelab Gasing Pangkah

· Kelab Gimnastik

· Kelab Gimrama

· Kelab Golf

· Kelab Hoki

· Kelab Karum

· Kelab Kriket

· Kelab Pandu Arah

· Kelab Ping Pong

· Kelab Ragbi

· Kelab Sepak Takraw

· Kelab Sofbol

· Kelab Squasy

· Kelab Tenis


Olahraga:

· Kelab Berbasikal

· Kelab Olahraga

· Kelab Memanah

· Kelab Merentas desa

· Kelab Motor

· Kelab Senamrobik


Sukan Air:

· Kelab Berkeno / Kayak

· Kelab Luncur Air

· Kelab Perahu Layar

· Kelab Perahu Naga

· Kelab Polo Air

· Kelab Renang

· Kelab Rowing (Berdayung)

· Kelab Skuba

· Kelab Skuter Air

· Kelab Snorkeling

· Kelab Terjun



FUNGSI AKTIVITI KOKURIKULUM


Aktiviti kokurikulum mempunyai fungsi-fungsi yang tertentu. Antaranya ialah:


Pengukuhan dan Pengayaan

Pengetahuan yang diperoleh daripada mata pelajaran akademik dapat diperkukuhkan dan diamalkan melalui aktiviti kokurikulum. Aktiviti ini juga dapat memberi peluang kepada murid-murid mamahami konsep latihan dalam bidang tertentu dengan menggunakan pengetahuan tersebut dalam konteks yang lebih bermakna dan realistik. Di samping itu, cara begini juga dapat memberi pengalaman yang mungkin tidak terdapat di dalam bilik darjah. Segala aktiviti kokurikulum hendaklah dirancang terlebih dahulu supaya selaras dan saling melengkapi dengan apa yang diajar di bilik darjah. Ini boleh membantu murid-murid meningkatkan lagi prestasi mereka dalam pelajaran. Berikut adalah beberapa contoh aktiviti kokurikulum yang berfungsi bagi pengukuhan dan pengayaan:

· Aktiviti Badan Beruniform:

·Pertolongan Cemas:
# Aktiviti ini dapat memberi peluang kepada murid mencuba pengetahuan/ pengalaman tentang cara-cara memberi rawatan kecemasan serta menggunakan pengetahuan yang dipelajari dalam mata pelajaran sains.

Perkhemahan:
# Aktiviti ini antara lain dapat memberi peluang kepada murid menggunakan pengetahuan membaca peta(geografi), di samping dapat memberi pengetahuan dan pengalaman kepada murid tentang cara hidup berdikari, semangat kembara, berani dan berikhtiar.

Kawat Kaki:
# Aktiviti ini dapat mewujudkan disiplin dalam pasukan, semangat berkerjasama, menurut perintah serta melatih kepimpinan.

· Aktiviti Persatuan / Kelab:

Berikut adalah beberapa contoh aktiviti kokurikulum yang berfungsi bagi pengukuhan dan pengayaan:

Kuiz:
# Aktiviti ini antara lain dapat memberi peluang kepada murid-murid menambah pengetahuan dalam mata pelajaran yang berkaitan.

Bahas dan Pidato:
# Aktiviti ini antara lain memberi peluang kepada murid-murid menggunakan kemahiran bahasa dalam memberi dan mematahkan hujah dengan menggunakan fakta.

Projek Membuat Kincir Air:
# Aktiviti ini antara lain dapat memberi peluang kepada murid-murid menggunakan pengetahuan mereka dalam matematik, fizik dan geografi, di samping dapat meningkatkan daya kreativiti dan kemahiran hidup.

· Aktiviti Sukan / Permainan:

Olahraga:
# Aktiviti ini dapat memberi pengetahuan kepada murid-murid tentang ilmu anatomi, iaitu berkenaan sistem otot dan pembinaan otot yang kuat. Ini bukan sahaja dapat memperkukuhkan pelajaran mengenai biologi tetapi murid juga akan dapat memahami konsep latihan dalam sukan dan menggunakan pengetahuan yang ada dalam latihan itu.

Bola Sepak:
# Aktiviti ini dapat menimbulkan semangat berpasukan, persefahaman, bekerjasama, ketabahan, ketangkasan, berdisiplin, ketahanan diri dan ketepatan membuat keputusan. Ia memberi peluang kepada murid-murid memperkukuhkan dan memperkayakan pendidikan jasmani, nilai agama dan moral, sivik dan lain-lain.

Khidmat Masyarakat

Murid, guru dan kakitangan sekolah boleh memberi khidmat kepada masyarakat dan begitulah sebaliknya. Tujuannya adalah untuk memupuk hubungan dua hala antara sekolah dan masyarakat serta menyemai semangat berkhidmat, bekerjasama dan saling membantu antara sama lain.

1. Sumbangan Sekolah Kepada Masyarakat :

Sekolah dapat menggunakan aktiviti kokurikulum sebagai satu sumber bagi murid-murid mempraktikkan dan mengukuhkan segala pengetahuan yang diperoleh kepada masyarakat. Contohnya, melalui aktiviti Persatuan Bulan Sabit Merah, murid dapat pendedahan serba sedikit ilmu kesihatan dan cara-cara rawatan asas kepada masyarakat setempat. Di samping itu, banyak lagi aktiviti khidmat masyarakat yang dapat menimbulkan suasana hubungan dua hala seperti bergotong-royong, membersihkan masjid/surau, kawasan perumahan/bandar, mengadakan minggu kerja, ceramah, bimbingan dan latihan tertentu.

2. Sumbangan Masyarakat Kepada Sekolah

Masyarakat boleh memberi sumbangan dengan caramembantu sekolah dalam bentuk material , tenaga, usaha, buah fikiran dan kepakaran.

Antaranya ialah:

· Mengutip derma dan mendapatkan kemudahan-kemudahan tertentu bagi melengkapkan peralatan kokurikulum sekolah seperti peralatan sukan, pakaian, komputer dan lain-lain

· Memberi ceramah, tunjuk ajar tentang perkara-perkara seperti dalam bidang kerjaya, bimbingan dan latihan dalam kemahiran tertentu, seperti menganyam, membuat tembikar, menjahit, menekat, silat, mengukir, membuat alat-alat permainan tradisi dan sebagainya

· Memberi bantuan kepada murid

· Mengadakan projek anak angkat

· Mengadakan rumah terbuka pada hari-hari perayaankhusus untuk murid-murid daripada pelbagai kaum

· Membantu sekolah dalam pengelolaan sukan, bergotong-royong, membersih dan mengindahkan sekolah


3. Hobi dan Rekreasi

Dengan melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum, murid dapat memperoleh pengetahuan dan kemahiran, disamping dapat mengisi masa lapang mereka dengan berfaedah serta membina kesihatan fizikal dan mental. Aktiviti ini juga dapat memberi keseronokan kepada murid. Antara contoh aktiviti ialah membaca, bersukan, berternak, berkebun, menanam bunga, menghias/menggubah, menyanyi, bermain alat-alat muzik, menulis sajak/cerpen/syair/rencana, melukis kartun, mengumpul setem/daun-daun kayu/ keratanakhbar, membuat model, mengukir, memancing.


4. Kerjaya

Aktiviti kokurikulum dapat memberi asas kerjaya kepada murid. Ia juga dapat membantu dan melengkapi pengajaran dan pembelajaran serta dapat menimbulkan kesedaran dan penyediaan pemilihan kerjaya murid. Pengetahuan dan kemahiran ini sangat berguna apabila mereka memasuki dunia pekerjaan kelak. Aktiviti ini boleh dijalankan secara kumpulan atau individu dan tidak hanya terbatas kepada kemudahan dan peralatan atau kepakaran yang ada di sekolah itu sahaja. Sekolah yang mempunyai masalah ini bolehlah berusaha mendapatkannya daripada sekolah lain atau masyarakat setempat.

Contoh aktiviti yang berkaitan dengan mata pelajaran

· Kemahiran Hidup: seni bina, pertukangan, membaiki radiodan TV, mekanik, kimpalan dan lain-lain.

· Sains Pertanian: berkebun, berternak dan lain-lain.

· Ekonomi Rumah : gubahan, jahitan, memasak, perhiasan Tangga dan lain-lain.

· Seni Lukis: seni lukis,tenunan,kraftangan,seni ukir, anyaman, membuat gasing, wau, tembikar, papan congkak, sangkar burung, tudung saji dan lain-lain.

· Aktiviti seperti ini juga dapat meningkatkan daya kreatif dan pengetahuan murid terhadap aktiviti yang dijalankan oleh institusi luar sekolah dalam bidang-bidang tertentu, disamping dapat menarik minat mereka terhadap aktiviti kokurikulum. Dalam hal ini, pihak sekolah haruslah sentiasa berusaha mengadakan aktiviti yang baru dan lebih menarik.

Contoh aktiviti yang berkaitan dengan pandangan dan pengetahuan

Bidang Kerjaya: Ceramah, pameran, kajian atau lawatan tentang jenis dan pekerjaan yang terdapat dalam perkhidmatan separa kerajaan, swasta dan perseorangan. Ini termasuklah bidang pekerjaan seperti pasukan polis, tentera ,bomba, pentadbiran, perusahaan, perniagaan, dan lain-lain perkhidmatan sosial dan profesional.



5. Perkembangan Diri Individu

Semua aktiviti kokurikulum dapat memberi peluang kepada murid melatih diri sendiri untuk kesihatan diri, berdisiplin, memupuk minat dan bakat serta membina semangat untuk menghayati nilai perpaduan dan kewarganegaraan.

Kesihatan

· Aktiviti kokurikulum dapat digunakan untuk melatih muridmembiasakan jagaan kebersihan diri, antaranya melaluiaktiviti berikut:

Ø Pasukan Pakaian Seragam yang mementingkan pakaian dan perawatakan yang kemas dan teratur

Ø Pertolongan cemas yang mementingkan kebersihan dan langkah-langkah keselamatan untuk mengelakkan kemalangan

Ø Latihan sukan yang mementingkan kesihatan

Ø Kerja-kerja amal dan ibadah.


Peningkatan Disiplin

· Aktiviti kokurikulum dapat meningkatkan danmemperkukuhkan disiplin murid ke arah pembinaansahsiah yang bersepadu.









No comments:

Post a Comment