Bahan pengajaran dan pembelajaran merupakan elemen penting yang memudahkan komunikasi antara guru dengan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu guru perlu menguasai segala pengetahuan dan kemahiran penyediaan dan penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan pengajaran dan pembelajaran merupakan satu organisasi kompleks dalam pengajaran yang melibatkan manusia, idea, alat-alat, kaedah pengurusan dan pengendalian serta penilaian media. Bahan-bahan ini banyak membantu melicinkan komunikasi dua hala di antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar.
Bahan pengajaran dan pembelajaran ditakrifkan sebagai apa jua alat atau bahan yang digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Tujuannya ialah untuk menolong, memudah dan memperkukuhkan lagi pengajaran guru supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan. W.F.Connel ( 198 1:386) mengkategorikan bahan pengajaran dan pembelaj aran kepada tiga iaitu
- Bahan pengajaran dan pembelajaran am (Misalnya papan hitam dan buku bercetak)
- Alat pandang dengar
- alat pandang - misalnya objek, model,patung,
gambar, lukisan, diorama, gambar foto, glob, peta, carta, gambar rajah,
graf, poster, kartun dan bahan salinan.
- Alat dengar pula - misalnya radio,
alat pemain piring hitam, pita rakaman suara dan sistem pembesar suara.
Filem suara dan televisyen pula bercorak pandang dengar)
Dalam kajian ini, bahan media dikelaskan kepada dua kategori iaitu:
- Media bukan elektronik.(Misalnya papan tulis,poster, carta, gambar lukisan foto, model, benda sebenar, bahan cetakan, buku teks, kad imbasan, lembaran kerja dan papan gulung).
- Media elektronik (Misalnya OHP, projektor slaid, radiolkaset, TVNideo dan komputer).
No comments:
Post a Comment