BAHAN-BAHAN LAIN

Sukan Asia Tenggara (SEA GAMES)

Sukan Asia Tenggara (juga dikenali sebagai Sukan SEA), merupakan sebuah temasya sukan dwi-tahunan yang membabitkan 11 negara Asia Tenggara. Sukan ini dipimpin oleh Persekutuan Sukan Asia Tenggara dengan kerjasama Kominiti Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Majlis Olimpik Asia.





Kod IOCNegara / IOCTahun penyertaanKod ISONota
CAM Kemboja1956CAM-
LAO Laos (kod IOC: Republik Demokratik Rakyat Laos)1980LAO-
MAS Malaysia1959MYS-
MYA Myanmar1959MYRBIR 1948-1992
SIN Singapura1959SIN-
THA Thailand1959THA-
VIE Vietnam (kod IOC: Viet Nam)1959VIE-
BRU Brunei (kod IOC: Brunei Darussalam)1988BRU-
INA Indonesia1977INAIHO 1952
kod-FIFA IDN
PHI Filipina1977PHI-
TLS Timor-Leste2003TLSIOA 2000



PENCAPAIAN MALAYSIA










Pencapaian kedua terbaik di luar KL


(Dari kiri) Harrif Salleh, Adiq Husainie, Amir Mustafa dan Mohd. Akmal Amrun menyumbang pingat emas dalam acara berbasikal trek Sukan SEA XXVI Indonesia.


PALEMBANG - Sukan SEA XXVI boleh disimpulkan sebagai aksi kedua terbaik kontinjen negara di luar Kuala Lumpur selepas di Korat 2007, apabila berjaya meraih 59 emas, 50 perak dan 82 gangsa.
Lebih membanggakan kita berjaya mempertahankan 'ibu emas' acara bola sepak selepas menewaskan Indonesia dalam perlawanan akhir menerusi penentuan sepakan penalti 4-3.
Bagaimanapun, acara yang menyumbangkan emas terbanyak di temasya ke-26 ini ialah akuatik melalui pecahan acara renang berirama lima emas, terjun tujuh emas, renang lima emas dan renang terbuka dua emas, keseluruhan 19 emas.
Menurut Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong, aksi atlet negara pada saingan Sukan SEA kali ini boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu cemerlang, sederhana dan gagal.
"Akuatik boleh diklasifikasikan sebagai acara cemerlang, jika kita dapat menurunkan perenang harapan, Daniel Bego kita mungkin boleh menambah empat atau lima pingat emas lagi. Atlet renang terbuka, Heidi Gan juga berada pada prestasi terbaik selepas meraih dua emas walaupun diletakkan sasaran satu emas," katanya.
Jelasnya, atlet renang lain juga banyak menunjukkan peningkatan misalnya Kevin Yeap dan Christina Loh selepas masing-masing meraih satu emas.
Selain bola sepak dan akuatik acara yang diklasifikasikan sebagai cemerlang ialah karate selepas meraih empat emas walaupun hanya mensasarkan tiga emas, tatkala isu pengadilan sukan subjektif hangat diperkatakan.
"Wusyu juga menunjukkan kemampuan pada tahap terbaik dengan meraih tiga emas tatkala tuan rumah berjaya membolot enam emas, sesuatu yang di luar jangkaan kerana mereka bukan kuasa besar dalam sukan ini," katanya.
Sementara itu, acara yang tidak beraksi cemerlang diklasifikasikan sebagai gagal termasuk gimnastik, pelayaran, sepak takraw, tinju dan taekwando.
"Gimnastik kita menyasarkan dua pingat emas namun hanya membawa pulang dua perak walaupun kita telah membuat persediaan di China selama dua bulan, begitu juga sukan pelayaran walaupun memenangi pingat perak di Sukan Asia tetapi gagal menyerlah di sini.
"Sepak takraw pula harus dilakukan sesuatu mungkin untuk mencari bakat baru, manakala dalam tinju pula kita tidak boleh mengatasi sistem pemarkahan kecuali dengan hanya memenangi pertarungan melalui knock-out," katanya. - Utusan


Habuan RM30,000 buat pemain Harimau Muda


SKUAD Harimau Muda mempamerkan pingat emas yang dimenangi selepas mengalahkan Indonesia menerusi penentuan sepakan penalti 4-3 pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia kelmarin.


PETALING JAYA - Selepas skuad bola sepak berjaya mempertahankan pingat emas Sukan SEA dengan penuh dramatik menumpaskan Indonesia di hadapan 100,000 penyokong fanatik Garuda, kejayaan mereka telah mendapat pengiktirafan daripada Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah.
Sultan Ahmad yang berasa bangga akan kemenangan tersebut menitahkan akan memberi ganjaran sebanyak RM30,000 bagi setiap pemain dan pegawai yang telah berjuang mengharumkan nama negara sehingga berjaya meraih emas dua kali berturut-turut.
Pengumuman itu telah disampaikan oleh pengurus pasukan bola sepak negara ke Sukan SEA XXVI Indonesia yang juga Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin di Wisma FAM pada sidang media mengenai Jawatankuasa Pertandingan Tempatan, semalam.
''Tuanku selaku Presiden FAM akan memberi sumbangan peribadi RM30,000 bagi setiap pemain dan pegawai yang memenangi pingat emas Sukan SEA pada perlawanan akhir.
''Ganjaran ini bukannya datang dari FAM tetapi merupakan daripada tuanku sendiri yang amat berbesar hati melihat kejayaan pasukan negara.
''Tuanku juga sedia maklum yang kejayaan kali ini berlainan yang kita capai dua tahun lalu semasa era Datuk K. Rajagobal selaku jurulatih dan Datuk Subahan Kamal (pengurus) kerana ini menunjukkan pembangunan bola sepak sedang berterusan.
''Bukan itu sahaja, kejayaan ini membuktikan pingat emas yang kita menangi dua tahun lalu bukan atas faktor nasib semata-mata malahan skuad kali ini tidak pernah tewas sepanjang saingan Sukan SEA dan paling manis di samping meraih emas di Stadium Gelora Bung Karno," katanya pada sidang media.
Skuad Harimau Muda berjaya mendiamkan 100,000 penyokong setia Indonesia apabila sepakan penalti terakhir ketua pasukan, Baddrol Bakhtiar mencecah jaring bagi memastikan ibu segala pingat emas menjadi milik Malaysia.
Selain daripada mendapat ganjaran RM30,000, anak-anak buah Ong Kim Swee juga menerima satu lagi perkhabaran gembira apabila mereka semua akan diterbangkan ke Sydney, Australia pada pertengahan bulan Disember ini.
''Bagi meneruskan kesinambungan kejayaan, tuanku juga bersetuju agar membawa skuad Harimau Muda dibawa menjalani latihan luar negara dan pilihan kali ini adalah di Australia.
''Mereka akan berada di sana selama dua minggu dan menjalani perlawanan persahabatan dengan sekurang-kurangnya tiga kelab elit Liga Australia
''Cadangan ini juga mendapat sokongan penuh daripada MSN (Majlis Sukan Negara)," katanya.





No comments:

Post a Comment